MULTIFASET KOMUNIKASI STRATEGIK DI MASA PANDEMI

Rp82.816

Category

Description

Penulis: Rustono Farady Marta

 

xvi + 278.

15,5 x 23

 

Komunikasi strategik merupakan komunikasi yang digunakan secara bertujuan atau berencana oleh organisasi untuk mencapai matlamat. Konsep strategik tersebut adalah bersifat terancang dan bukannya rawak. Sesuatu yang tidak dirancang termasuklah akibat yang tidak terancang boleh memberi impak negatif kepada keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat strategik organisasi (Hallahan et al., 2007). Strategik merupakan konsep yang bersifat multi dimensi dan luas. Konsep strategik turut menekankan bahawa komunikasi sebagai suatu elemen yang sangat penting khususnya apabila komunikasi dilihat sebagai aktiviti pengurusan yang bersifat konstitutif. Justeru komunikasi yang berjaya ialah komunikasi yang bersandarkan hasil kajian melalui perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Oleh kerana sifat komunikasi strategik yang luas dan meliputi pelbagai dimensi, maka kertas ini cuba memperkecilkan skop perbincangan komunikasi strategik berdasarkan tiga perspektif utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi.